بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Ketika anak-anak sedang menghadapi ujian
besar amali atau menjawab kertas soalan di dewan peperiksaan, pada masa
yang sama ibubapa dan penjaga boleh melakukan amalan berikut:
.
1. Ambil wuduk
2. Menghadap kiblat
3. Membaca Kalimah Syahadah (3 kali)
“Daku mengakui bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah
dan daku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah!”
dan daku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah!”
.
4. Membaca Surah Al-Fatihah (10 kali)
.
5. Baca Surah 3 Qul (1 kali)
.
6. Baca Surah Insyirah (1 kali)
.
7. Membaca Selawat (10 kali)
.
8. Baca Surah Yaasin (1 kali)
.
9. Baca Surah Insyirah (100 kali)
.
10. Niatkan di dalam hati supaya Allah SWT mempermudahkan anak-anak menjawab soalan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.
.
Amalan ini boleh dilakukan sama ada di
rumah atau di tempat kerja atau di mana sahaja ketika anak-anak sedang
berada di dewan peperiksaan. InsyaAllah, segalanya dipermudahkan dan
anak-anak akan dapat menjawab dengan tenang dan menepati kehendak soalan
dengan mudah dan baik.
p/s
Disyorkan juga kita berpuasa pada hari tersebut.
.
والله أعلم بالصوابWallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

No comments:
Post a Comment