Tuesday, 19 November 2013

Benarkah Minyak Yu Yee Cap Limau ada Lemak Babi?

Beberapa hari lepas ada terbaca lagi dalam laman FB tentang "Minyak Yu Yee Cap Limau" ini, sebenar nya kisah ini dah lama, sejak dari tahun 2011 lagi perkara ini tersebar kononnya Minyak Yu Yee Cap Limau mengandungi unsur babi disebarkan melalui Facebook dan juga email. Tetapi masih belum ada bukti sahih membuktikan Minyak Yu Yee mengandungi unsur babi.

Dengan ini terpanggil sekali lagi untuk dikongsikan bersama..bahawa Minyak Yu Yee Cap Limau ataupun Yu Yee Oil Cap Limau Liniment merupakan produk tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 1999. Dikilangkan oleh Syarikat Weng Seng Medical Factory Sdn Bhd, Paya Terubong, Pulau Pinang Malaysia.

EKSKLUSIF!
Untuk menjawap pertuduhan ini, pihak Syarikat Weng Seng Heng Medical telah mengantar Produk Minyak Yu Yee Cap Limau untuk diuji di 2 makmal berbeza.


Ujian pengesanan unsur babi menggunakan teknik Real Time PCR. Keputusan Negatif.

Ujian pengesanan minyak haiwan termasuk lemak babi (Lard). Keputusan, tiada unsur haiwan dikesan.

Mengikut peraturan pendaftaran produk farmaseutikal (DRGD) di Malaysia, setiap Syarikat wajib mengisytiharkan jika produk mereka mengandungi unsur haiwan dan meletakkan label yang menyatakan produk mengandungi unsur haiwan sama ada lembu, babi ataupun haiwan lain.
Semoga dengan dua ujian makmal ini dapat memberi kelegaan kepada pengguna muslim yang selama ini menggunakan Minyak Yu Yee Cap Limau.


Mengharamkan Yang Halal dan Menyebarkan Fitnah

Prinsip Islam berkenaan halal dan haram menekankan bahawa halal dan haram adalah hak Allah s.w.t. dan perbuatan mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram sama dengan syirik kepada Allah s.w.t
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”
Al Maa’idah : 87

Islam menekankan supaya kita menyelidik, berfikir dan memastikan kebenaran sesuatu maklumat supaya tidak terperangkap dengan berita palsu atau maklumat berunsurkan fitnah.
Wajib bagi kita untuk memperhalusi setiap berita yang diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsurkan fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting bagi memastikan kita tidak terpedaya dengan berita yang tidak benar.

“Sesungguhnya Allah s.w.t Lebih Mengetahui”

Terima kasih,

No comments:

Post a Comment