Dengan ini terpanggil sekali lagi untuk dikongsikan bersama..bahawa Minyak Yu Yee Cap Limau ataupun Yu Yee Oil Cap Limau Liniment merupakan produk tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 1999. Dikilangkan oleh Syarikat Weng Seng Medical Factory Sdn Bhd, Paya Terubong, Pulau Pinang Malaysia.
EKSKLUSIF!
Untuk menjawap pertuduhan ini, pihak Syarikat Weng Seng Heng Medical telah mengantar Produk Minyak Yu Yee Cap Limau untuk diuji di 2 makmal berbeza.
Ujian pengesanan unsur babi menggunakan teknik Real Time PCR. Keputusan Negatif.
Ujian pengesanan minyak haiwan termasuk lemak babi (Lard). Keputusan, tiada unsur haiwan dikesan.
Mengikut peraturan pendaftaran produk
farmaseutikal (DRGD) di Malaysia, setiap Syarikat wajib mengisytiharkan
jika produk mereka mengandungi unsur haiwan dan meletakkan label yang
menyatakan produk mengandungi unsur haiwan sama ada lembu, babi ataupun
haiwan lain.
Semoga dengan dua ujian makmal ini dapat
memberi kelegaan kepada pengguna muslim yang selama ini menggunakan
Minyak Yu Yee Cap Limau.
Mengharamkan Yang Halal dan Menyebarkan Fitnah
Prinsip Islam berkenaan halal dan haram
menekankan bahawa halal dan haram adalah hak Allah s.w.t. dan perbuatan
mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram sama dengan syirik
kepada Allah s.w.t
“Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan
oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang
telah ditetapkan halalnya itu), kerana sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang-orang yang melampaui batas”
Al Maa’idah : 87
Islam menekankan supaya kita menyelidik,
berfikir dan memastikan kebenaran sesuatu maklumat supaya tidak
terperangkap dengan berita palsu atau maklumat berunsurkan fitnah.
Wajib bagi kita untuk memperhalusi setiap
berita yang diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita
berunsurkan fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan
kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting bagi
memastikan kita tidak terpedaya dengan berita yang tidak benar.
“Sesungguhnya Allah s.w.t Lebih Mengetahui”
Terima kasih,

