Tuesday, 19 November 2013

Benarkah Minyak Yu Yee Cap Limau ada Lemak Babi?

Beberapa hari lepas ada terbaca lagi dalam laman FB tentang "Minyak Yu Yee Cap Limau" ini, sebenar nya kisah ini dah lama, sejak dari tahun 2011 lagi perkara ini tersebar kononnya Minyak Yu Yee Cap Limau mengandungi unsur babi disebarkan melalui Facebook dan juga email. Tetapi masih belum ada bukti sahih membuktikan Minyak Yu Yee mengandungi unsur babi.

Dengan ini terpanggil sekali lagi untuk dikongsikan bersama..bahawa Minyak Yu Yee Cap Limau ataupun Yu Yee Oil Cap Limau Liniment merupakan produk tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 1999. Dikilangkan oleh Syarikat Weng Seng Medical Factory Sdn Bhd, Paya Terubong, Pulau Pinang Malaysia.

EKSKLUSIF!
Untuk menjawap pertuduhan ini, pihak Syarikat Weng Seng Heng Medical telah mengantar Produk Minyak Yu Yee Cap Limau untuk diuji di 2 makmal berbeza.


Ujian pengesanan unsur babi menggunakan teknik Real Time PCR. Keputusan Negatif.

Ujian pengesanan minyak haiwan termasuk lemak babi (Lard). Keputusan, tiada unsur haiwan dikesan.

Mengikut peraturan pendaftaran produk farmaseutikal (DRGD) di Malaysia, setiap Syarikat wajib mengisytiharkan jika produk mereka mengandungi unsur haiwan dan meletakkan label yang menyatakan produk mengandungi unsur haiwan sama ada lembu, babi ataupun haiwan lain.
Semoga dengan dua ujian makmal ini dapat memberi kelegaan kepada pengguna muslim yang selama ini menggunakan Minyak Yu Yee Cap Limau.


Mengharamkan Yang Halal dan Menyebarkan Fitnah

Prinsip Islam berkenaan halal dan haram menekankan bahawa halal dan haram adalah hak Allah s.w.t. dan perbuatan mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram sama dengan syirik kepada Allah s.w.t
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu), kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”
Al Maa’idah : 87

Islam menekankan supaya kita menyelidik, berfikir dan memastikan kebenaran sesuatu maklumat supaya tidak terperangkap dengan berita palsu atau maklumat berunsurkan fitnah.
Wajib bagi kita untuk memperhalusi setiap berita yang diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsurkan fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting bagi memastikan kita tidak terpedaya dengan berita yang tidak benar.

“Sesungguhnya Allah s.w.t Lebih Mengetahui”

Terima kasih,

DOA KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

 

Ketika anak-anak sedang menghadapi ujian besar amali atau menjawab kertas soalan di dewan peperiksaan, pada masa yang sama ibubapa dan penjaga boleh melakukan amalan berikut: 
.

 

 

 

 

 

1.  Ambil wuduk

2.  Menghadap kiblat

3.  Membaca Kalimah Syahadah (3 kali)

 
“Daku mengakui bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah
dan daku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah!”
 .

4.  Membaca Surah Al-Fatihah (10 kali)

.

5.  Baca Surah 3 Qul (1 kali)

.

6.  Baca Surah Insyirah (1 kali)

.

7.  Membaca Selawat (10 kali)

.

8.  Baca Surah Yaasin (1 kali)

.

9.  Baca Surah Insyirah (100 kali)


.












10.  Niatkan di dalam hati supaya Allah SWT mempermudahkan anak-anak menjawab soalan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.
 .
Amalan ini boleh dilakukan sama ada di rumah atau di tempat kerja atau di mana sahaja ketika anak-anak sedang berada di dewan peperiksaan. InsyaAllah, segalanya dipermudahkan dan anak-anak akan dapat menjawab dengan tenang dan menepati kehendak soalan dengan mudah dan baik.

p/s
Disyorkan juga kita berpuasa pada hari tersebut.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

 

 

Doa Ketika Hujan Lebat Disertai Angin

 


Dalam keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ini, marilah kita sama-sama menghafal doa ini, mudah-mudahan kita semua dilindungi oleh Allah SWT.
 
Do'a Melihat Hujan Lebat disertai angin kencang

اللهم اجعلها رحمة ولا تجعلها عذابا, اللهم اجعلها رياحا ولا تجعلها ريحا

ALLOHUMMAJ'ALHA RO_HMATAN WALAA TAJ'ALHA 'ADZAABAN, ALLOHUMAJ'ALHA RIYAA_HAN WALAA TAJ'ALHA RII_HAN.
Ya Alloh jadikan hujan sebagai rohmat bagiku, dan jangan jadikan hujan ini sebagai adzab bagiku, Ya Alloh jadikan angin ini baik bagiku, dan jangan jadikan buruk bagiku


رواه الشافعى
( الأذكار 163 )
HR. Asy-Syafii,
lihat kitab Al-Adzkaar An-Nawawy halaman 163
 
Wallahhuakalam..

Sunday, 22 July 2012

Andai Kau Tahu ini Ramadhan Terakhir...


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir 
tentu siangnya engkau sibuk berzikir 
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu 
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu 
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir 
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu 
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu' 
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri 
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji 
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" 
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... 
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir   
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu 
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja 
di setiap kesempatan juga masa yang terluang 
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir   
tentu malammu engkau sibukkan dengan 
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud... 
mengadu...merintih...meminta belas kasih 
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU 
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir   
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang 
mari kita meriahkan Ramadhan 
kita buru...kita cari...suatu malam idaman 
yang lebih baik dari seribu bulan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir 
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir 
mempersiap diri...rohani dan jasmani 
menanti-nanti jemputan Izrail 
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman


Duhai Ilahi....   
andai ini Ramadhan terakhir buat kami 
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri... 
menerangi kegelapan hati kami 
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi 
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti  



Namun teman... 
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui 
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya 
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah 
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA


andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku 
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH KU
 LAKUKAN
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK. 
SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA &
 MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA......
Aminnn………………  


Thursday, 5 July 2012

KENTANG PUTAR (MASHED POTATO)

Assalamulaikum semua...

dah lama gak tak pecah kepala kat dalam blog neh.. tup-tup masuk bulan Syaaban sudah... sabtu 30/6/2012 lalu aku pi Taiping lalu kat depan KFC... anak kecik ku cakap " ayah tu KFC" dalam loghat pelat budak 2 tahun yang nak mintak makan KFC... huh!!! jenuh gak nak pujuk... last-last cam na tersembur keluar " nanti ayah buatkan masakan macam kat dalam KFC tu amacam nak tak??" dgn penuh yakin.. yang pertama jawab anak sulung ku "wow best nyer"

pikiaq punya pikiaq apa aku ingat aku teraka??.. last-last mintak tulun kat dalam "MYRESEPI" ada banyak resepi..(rehat sat)..malam ni mlm nisfu syaaban.. sok klu boleh nak posa..."posa lah dah lama dah x posa sunat ni"...mlm jumaat ada baca yasin kena jemput lak tu...pi jangan x pi... "lepas bukak posa makan kurma dua tiga bijik terus pi masjid" tu dlm kepala aku.. tapi hakikatnya lepas bukak posa badan jadik lemah x makan banyak pun.. kurma 7 bijik susu segar yang aku beli kat ekonsave segelas jew,,""..rehat lagi..."ayah nak KFC" dunk...keluar dari kepala aku.

leps solat maghrib tukar masuk 'uniform chef' mula buat kentang puter ni..anak kecik aku makan 3x tambah anak sulung aku kata " lagi best dari kfc sedap nyer ayah" dan yang paling aku kembang cam nak putus tali apron aku tu anak ke3 tu kata "ayah memang pandai masak mesti sedap kalau dia buat apa pun" x tau la tu puju ker atau bodek.. yang no 2 tak kata apa cuma dia komplen "awat ayah x buat awai-awai ni, abang dah makan nasi kenyang ayah buat ni lak rugi la abang". "sok leh makan kan atau sat gi makan" maknyer bantu. jadik lah kentang putar ku yang pertama kali ku buat dan di bantu oleh My Darling isteri ku seperti gambar kat bawah ni..



                                                       in lah kentang puter-puternyer

amacam terliur tak? kalau nak resepi ni sila kunjungi "myresepi.com" tempat tuk kongsi resepi jadik ahli lagi bagus...












Friday, 18 May 2012

SEDAR DIRI X PE!



Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun..Life starts at 40.  'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku.

Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok.
Tersengih-sengih aje lah I at that time.. 'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikah lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!'

Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I.  Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah. Sebab apa? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan dia umur 22 tahun. Memang lah seronok beb.  Seronok benda yang kat dalam seluar dalam tu aje lah.

Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I,  rasanya I tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa,  cam mana cara nak   masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur   I suka  kalau my  wife
dah siapkan segala-galanya lah. Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I  suka kat  TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ...  semua dia dah tahu.  Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an  dulu ...

Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu,  tentu  dia banyak ragam.Ye lah dia muda,  I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena  manjakan dia  lebihlah, sebab dia muda.  Silap haribulan, takut lari lak,  kan... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak  muda.. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja,   isteri yang  muda pasti  lagi teruk. Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan handbeg Gucci, dengan  nak tudung kain Mawi dan handpon jenama Samsung la..iphon la..Nokia N95 dah x main,  Itu tak  termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota.  Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu,  dia tak nak bagi  'barang' dia lak malam-malam.

Sedangkan dengan isteri tua,  awal-awal kahwin naik  motorsikal cabuk pun sanggup,  berpanas, berhujan, dukung anak kita dicelah  motor tu pi Sg. Buluh umah kakak. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat rumah teres 2 bilik(sewa). Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak. Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar  rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung  dan TV yang nipis tu korok pun  40-inci mau tu.

Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun  tak  dapat, Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan.  Yelah sekarang nikan banyak kes bapak kahwin lain anak anak lebih  tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci  pula. Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong  pada  keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu.  Kalau I ada anak  dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi  di masa I dah tua dan  memerlukan  perhatian dari anak-anak.

Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak  anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama  -bagaimana  kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak) Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar,  boleh  tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya  membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.

Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin  pampers dan bagi baby mandi.  haha ... kalau tak buat, takut isteri  muda merajuk pulak. Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat.  Mula- mula kawin tentu seronok.  Paling lama setahun-dua.

Bila dah ada anak,tanggungjawab baru  bermula semula  sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak,  nak   pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak.  Leceh  lah nak  kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak  sanggup
pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...  ... lagi  haru
 
Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu,  beria ria kita nak kan anak dia.  Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu  muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the  point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata, buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje.  Apatah lagi kalau  I ni lak umur nak sama dengan   mak-bapak mertua baru I tu ....  Hish banyak lah lagi.

Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah-indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung  badan, selagi tu lah I  tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu  rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I.

Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala.  Bukannya di dalam seluar  dalam je. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak  mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah  merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya) .
Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita  terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh,  kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila  ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila  disebutkan. Cukuplah.  Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami  yang  mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab  menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial.

 Wallahualam.

suami orang-

Tuesday, 13 December 2011

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Assalamu'alaikum,

Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja... Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini. Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca atikal ini,

Aktiviti seharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT
Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...
Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
· Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu

· Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
· Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
· Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
· Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
· Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'

Ketika Mayat Siap Dikafan ...
Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan
· Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
· Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
· Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
· Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'

Ketika MayatDiusung. ...
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
· Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
· Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'

Ketika Mayat Siap Disholatkan ....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
· Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
· Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat ....
terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini


Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
· Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
· Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... ..
Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... .
· Kini Kau Tinggal Seorang Diri
· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
· Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
· Hari Ini,....
· Akan Kutunjukan Kepadamu
· Kasih Sayang-Ku
· Yang Akan Takjub Seisi Alam
· Aku Akan Menyayangimu
· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman ,
'Wahai Jiwa Yang Tenang
· Kembalilah Kepada Tuhanmu
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'

Anda Ingin Beramal Soleh ?
Tolong kongsikan atikal ini dengan Rakan-Rakan Muslim Lainnya...!!!
Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.
Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda 'wakafa bi almauti wa'idha', ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....